
Hai semua! Korang pernah tak guna sesuatu equipment tu tapi korang tiba-tiba rasa ada sesuatu yang tak kena?Ha.. Itu berkemungkinan mikrofon korang dah rosak dan definitely kena beli baru!
Tapi sebelum korang jump to conclusion, apa kata kita belajar cara untuk mengetahui kalau mikrofon korang rosak dan apa punca yang boleh menyebabkan mikrofon korang rosak. Jom kita baca!
3 Cara Nak Tahu Jika Mikrofon Korang Rosak!
1. Periksa mikrofon secara visual
Ini merupakan cara paling mudah. Pertama sekali korang check bahagian luar sama ada terdapat sebarang kesan kemik. Korang boleh try juga untuk check pin input XLR di bahagian bawah mikrofon korang tu. Periksa juga bahagian plat belakang mikrofon kerana plat belakang mikrofon tu yang memgang diaphgram mikrofon dan akan bergetar apabila gelombang bunyi melaluinya.
2. Frequency Response Test
Frequency response mikrofon merujuk kepada range frekuensi yang sesebuah mikrofon itu boleh ambil. Apabila mikrofon korang rosak, ia tidak mempu untuk mengambil semua bunyi yang sedang ditangkap dan menyebabkan bunyi yang terhasil berbunyi nipis kerana tidak dapat menangkap frekuensi yang rendah.
Ini akan menyebabkan dB gain yang tinggi pada sesetengah frekuensi dan menyebabkan terhasilnya noise.
Kalau korang nak buat frekuensi test ni, korang kena make sure audio interface dan DAW settings keduanya sama.Ini akan membantu untuk memastikan perbandingan yang dilakukan adalah tepat dan saksama.
Walau bagaimanapun, apabila mikrofon anda rosak, anda akan melihat beberapa kehilangan frekuensi di beberapa kawasan ke EQ curve. Tahap dB bagi sesetengah frekuensi mungkin jauh lebih rendah daripada pada lengkung EQ mikrofon yang lebih baharu.
3. Impulse Response Test
Impuls response test mikrofon merujuk kepada seberapa pantas dan tepat ia menangkap gelombang bunyi.
Sebagai contoh korang ada sebuah drum, mikrofon yang bagus akan dapat menangkan bunyi drum itu secara tepat dalam microseconds. Tapi kalau mikrofon korang rosak, kadar tindak balas akan menjadi perlahan dan bunyi yang dirakam juga akan perlahan dan menjejaskan ketepatan bunyi.
Apa Yang Boleh Menyebabkan Mikrofon Rosak?
-
Mechanical stress
Mechanical stress ni term yang sangat general. Mikrofon sekarang kebanyakannya dicipta untuk bertahan seumur hidup. Walaubagaimanapun, korang kena tahu yang bila mikrofon ni terdedah dengan banyak impak seperti terjatuh, atau terketuk terlalu kuat, segala built-in yang ada dalam mikrofon itu juga akan mula longgar dan selepas beberapa bulan akan berhenti berfugsi.
Kebanyakan mikrofon akan mula rosak sekiranya bahagian diaphgram mula rosak. Ini kerana diaphgram merupakan bahagian membrane yang sangat nipis dan mampu bergetar sekiranya gelombang bunyi melaluinya.
-
Kelembapan (Humidity)
Adalah sangat No No untuk korang simpan mikrofon kat tempat yang lembap tau! Ini kerana bila udara lembap jatuh pada mikrofon, wap akan bertukar menjadi cecair dan cecair ini boleh meresap dengan mudah tau ke dalam mikrofon. Kelembapan juga boleh terhasil dalam bentuk air liur dari mulut anda ke dalam mikrofon semasa merakam.
Komponen elektronik adalah komponen yang paling mudah dah berisiko untuk rosak. Komponen seperti built-in circuit boards, dan FET (Field Effect Transistor) sangat mudah rosak sekiranya terdedah kepada cecair.
Kelembapan juga boleh menyebabkan komponen mikrofon terhakis. Dengan begitu banyak komponen logam di dalam mikrofon, mendedahkan mikrofon kepada kelembapan akhirnya akan membawa kepada kakisan, dan ini akan memecahkan mikrofon dalam tempoh yang lama.
Contohnya, wayar di dalam mikrofon boleh terhakis dan menyebabkannya putus. Papan IC juga mudah terhakis, menyebabkan mikrofon rosak.
-
Asap dan habuk
Membenarkan habuk dan asap terkumpul pada mikrofon anda bakal merosakkannya.. Habuk, khususnya, lebih mudah untuk merosakkan kerana apabila ia meresap ke dalam mikrofon melalui kepala mikrofon, ia akan mendap pada diafragma.
Debu boleh menghalang pergerakan diafragma dengan menghalangnya. Ini akan mengurangkan sensitiviti diafragma, dan itu pasti akan menjejaskan prestasi mikrofon.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Untuk explore pelbagai jenis mikrofon, korang boleh klik disini! Daripada wired sehingga ke lavalier mikrofon, semua kami ada!
Jumpa lagi di next posting!