Discount vouchers available storewide!
Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Nak Shoot Nature? Ini Gears Yang Korang Perlukan!

 

Hai semua! Okay, untuk artikel kali ini, saya nak share tentang gears apa yang korang kena ada kalau korang nak shoot nature ataupun alam semula jadi. Untuk shoot nature ini agak sedikit berbeza tau sebab korang akan banyak bermain dengan pencahayaan semula jadi dan ada faktor lain yang boleh mempengaruhi kualiti gambar korang seperti persekitaran yang tidak rata, cuaca, dan suhu semasa. Jadi preparation untuk korang shoot nature ni kena extra sikit lah okay! 

Pertama sekali, korang perlukan ialah kamera yang bagus dengan lens yang kuat. Untuk decide lens mana yang korang nak guna boleh menjadi agak mencabar juga! Jadi korang kena be prepare and clear untuk shot apa yang korang nak shoot nanti dan baru lah korang boleh decide lens apa yang korang nak guna untuk shoot nanti! 

Jenis gear berbeza diperlukan kerana ini bergantung pada jenis gambar yang korang ingin shoot. Photografer landscape lebih gemar untuk menggunakan wide-angle lens. Jika korang ingin menjadi lebih professional, korang boleh menggunakan prime lens diantara 14mm, 16mm dan 20mm daripada body camera korang. 

Kamera itu sendiri merupakan topik yang berlainan namun tidak sama penting seperti lens. Pada zaman sekarang korang boleh pilih sama ada nak guna DSLR atau mirrorless. Parameter permulaan yang sesuai adalah di sekitar 24M pixels. Feature canggih yang ada pada kamera mirrorless adalah terdapat body-stabilization yang mampu avoid gambar korang daripada menjadi kabur atau pun shaky, lebih-lebih lagi kalau korang shoot gunakan tangan dan gunakan shutter speed yang perlahan.

 

Aksesori Lain?

Untuk pergi shoot nature, korang wajib ada bag kamera yang bagus dan yang ada compartment padded yang banyak! Beg itu boleh digunakan untuk simpan barangan lain seperti bateri tambahan, kad dan beberapa lens yang korang rasa korang perlukan. Beg akan membantu untuk melindungi gear-gear korang daripada bahaya-bahaya lain. 

 

Tripod!

Tripod ialah satu lagi aksesori wajib yang korang tidak boleh missed tau, terutama sekali bila korang nak explore nature yang terletak di lokasi yang  terpencil. Untuk shooting dikawasan seperti itu, jangan lupa untuk memakai pakaian yang bersesuaian (warm jackets, topi, kasut yang proper dan sarung tangan). Persediaan rapi dengan menggunakan pakaian yang betul mungkin akan menjadi nature photography tips yang paling berguna. Lebih-lebih lagi kalau korang newbie dalam nature photography.

Tripod yang kuat dan utuh is a must untuk photographer yang nak shoot nature ni tau! Cuba imagine korang nak shoot matahari terbenam dan walaupun korang guna lens yang laju, korang kena set shutter kepada perlahan kerana keadaan cahaya yang malap. Kalau korang takde tripod yang bagus dengan ballhead yang berkualiti tinggi, korang tak akan dapat untuk shoot gambar dengan tajam.  

 

Aplikasi Yang Korang Boleh Guna!

Lumos.

Lumos ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan korang mencari matahari atau bulan walaupun ada langit yang mendung.

Korang hanya perlu bergerak dengan telefon korang, dan melihat trajektori matahari atau bulan pada waktu siang atau malam. Selain itu, korang boleh merancang kedudukan matahari atau bulan dalam beberapa jam akan datang supaya korang boleh menyediakan secara terperinci komposisi imej yang korang nak!

 

Photopills

Photopills ialah satu lagi aplikasi yang sangat kompleks yang membolehkan korang merancang banyak details untuk penggambaran korang. Sebagai contoh, korang boleh merancang dengan tepat bila golden hour bermula dan berakhir pada waktu pagi dan juga pada waktu petang. Korang juga boleh mencari di sana apakah kedudukan Milky Way semasa pada waktu malam.Photopills juga mampu membantu korang mengira butiran seperti Exposure, Depth of field, Subject distance, Star trails. Terdapat kalkulator Timelapse yang direka dengan sangat baik dan berkuasa.

 

Haa.. amacam? Korang dah dapat inspirasi belum untuk prepare apa kalau nak pergi shoot nature? Semoga perkongsian kali ini membantu!