Discount vouchers available storewide!
Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Menarik! Ulanzi Tripod Series Yang Anda Harus Grab!

Hai korang! Dengan keadaan negara sekarang yang dilanda Covid-19, pasti ramai antara korang yang dah mula adapt dengan work from home kan? Para pelajar pula harus menjalani pembelajaran secara atas talian dan menyiapkan kerja khusus yang memerlukan mereka untuk menghasilkan video. Ha.. harini saya nak kongsi 2 tripod yang berkualiti tinggi daripada jenama Ulanzi yang selalu cepat sold out kalau kami GS Studio Lighting restock!

Reka bentuk phone clamp yang tersembunyi menjadikan reka bentuknya moden dan sleek selain jimat ruang untuk dibawa travel! Reka bentuk rodanya pula menjadikan Ulanzi MT-34 ini lebih mudah digunakan. Ulanzi MT-34 ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis shooting dan sesuai dengan kreativiti masing-masing. 

Tripod ini boleh diregangkan 6 tahap sehingga ke 81.5cm, dapat disesuaikan dengan keperluan penggunaan dan limit regangan yang panjang yang tidak terdapat pada tripod-tripod biasa.

 Selain regangan sehingga 81.5cm, kepala bola tripod ini juga boleh diubahsuai hingga 360 ° dan boleh merakam daripada pelbagai sudut. Selain fleksibel. saiz dan berat tripod ini juga ringan dan mudah alih. Tripod ini hanya berukuran 26cm apabila dilipat dan sangat senang untuk dibawa ke mana sahaja. Ulanzi MT-34 ini uga dapat disambungkan ke pelbagai peralatan fotografi.

Spesifikasi Ulanzi MT-34:

  • Dimensi: 260 * 73 * 32mm

  • Berat: 260g

  • Beban Galas: 1.5jg

  • Lebar Telefon: 58-98mm

Untuk info lanjut mengenai Ulanzi MT-34, anda boleh klik disini. 

2) ULANZI MT-38 Mini Handheld Tripod

Reka bentuk Ulanzi MT-38 ini didatangkan dengan  sudut tontonan yang boleh dilaras sehingga  200 °, menjadikan penggambaran dan hasil video anda lebih kreatif. Selain itu, phone holder pada tripod ini  boleh dipusingkan dan bertukar dengan mendatar dan menegak dengan mudah.

 

Ulanzi MT-38 ini juga sesuai digunakan dengan banyak peranti, ¼ reka bentuk interface yang tersembunyi dan boleh disambungkan ke GoPro, kamera, dll.

Ulanzi MT-38 ini sesuai digunakan untuk merakam video, vlogging kerana saiznya yang ringan dan juga menonton netflix! Dengan adanya Ulanzi MT-38 ni, tangan korang dah tak lenguh untuk memegang telefon semasa menonton drama kegemaran korang!

Spesifikasi produk: 

  • Material: ABS + Aluminiium 

  • Range Klip Pemegang Telefon: 58-85mm 

  • Berat: 97gram

Untuk info lanjut mengenai Ulanzi MT-38 ini, anda boleh klik disini!