Discount vouchers available storewide!
Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
4 Cara Guna Reflector Untuk Fotografi Potret yang Lebih Menarik!

 

Hai semua! Harini saya nak share tentang penggunaan reflector yang mampu menaikkan seri dalam fotografi potret korang. Benda first yang photogfrapher akan fikir ialah latar belakang. Ini kerana mereka tahu kualiti cahaya itu penting utuk gambar yang cantik. 

Dengan menggunakan reflektor, anda boleh mengawal cahaya menjadi cahaya yang tepat dan cantik. Korang boleh guna reflektor dari bawah untuk fill shadow atau dari atas untuk mengelakkan sebarang cahaya mengganggu. Anda pun boleh bounce sunlight daripada reflektor untuk create main light. Banyak fungsi reflektor ni sebenarnya, jom saya share!

 

  1. Gunakan reflektor untuk fill light

Kredit gambar: Dennis Drenner

 

Dalam gambar kiri, foto subjek diambil dengan soft light yang bagus, tapi still ada bayang-bayan di bawah mata dan dagunya.Di sebelah kanan pula, bila subjek pegang reflektor di pinggangnya, bayang-bayang di wajahnya kelihatan lebih cerah dan sekata.  Dalam foto di sebelah kanan, bagaimanapun, dia memegang pemantul di pinggangnya. Jika subjek seorang yang lebih tua dengan kulit yang lebih bertekstur, kontrasnya akan menjadi lebih dramatik.

 

  1. Guna reflector sebagai main light source   

Kredit gambar: Dennis Drenner

 

Letakkan cahaya di belakang subjek dan gunakan reflektor untuk memantulkan cahaya ke muka subjek. Anda akan mendapat cahaya lembut yang bagus pada muka subjek anda, dengan efek dramatik di bahagian belakang kepala mereka. 

 

  1. Untuk block sunlight

Kredit gambar: Dennis Drenner

 

Kadangkala anda akan mendapati diri anda berada dalam cahaya yang indah dan rendang di bawah pokok, kecuali sinaran matahari yang anda tak suka itu yang mencari jalan melalui daun untuk menerangi  subjek anda. Apabila ini berlaku, guna reflektor anda menjadi light blocker (kadangkala dipanggil flag atau gobo).

 

  1. Untuk hasilkan dramatic shadow

Kredit gambar: Dennis Drenner

 

Untuk efek shadow, anda boleh gunakan black reflektor untuk menelan cahaya yang dipantulkan untuk meninggalkan bayang gelap di pipi. Manakala untuk cahaya yang sekata, anda boleh gunakan reflektor berwarna perak pula. Ini akan membantu untuk cahaya dipancarkan dengan lebih sekata dan meninggalkan efek dramatik. 

Terdapat banyak saiz reflector yang ada dalam market sekarang, range harga pun berpatutan. Tapi saya strongly recommend Godox 100X150cm collapsible reflector ni. Selain dia bersaiz besar (seakan akan saiz manusia), ia juga berkualiti tinggi dan berpatutan. Godox pun salah satu jenama yang agak dikenal para professional kerana kualiti barangan Godox yang bagus. 

Klik disini untuk beli! 

 

Sekian sahaja posting kita pada hari ini, jumpa lagi!